Kayuhan Hijau UTM @ Kayuhan Merdeka UTM

Salam 1Malaysia,

Universiti Teknologi Malaysia akan menganjurkan program berbasikal Kayuhan Hijau UTM @ Kayuhan Merdeka UTM sempena bulan kemerdekaan. Program yang diadakan adalah bagi bertujuan untuk menghimpunkan semua penggemar dan pemilik basikal tidak kira jenis basikal untuk kita bersama-sama berhimpun dalam satu majlis yang menerapkan unsur-unsur cintakan alam sekitar dan semangat patriotik sempena bulan kemerdekaan ini.

Oleh yang demikian, Universiti Teknologi Malaysia menjemput semua pemilik basikal tidak kira jenis dan semua peringkat umur untuk menyertai program yang dianjurkan ini.

Butiran mengenai Kayuhan Hijau UTM @ Kayuhan Merdeka UTM adalah seperti berikut:

Tarikh : 10 September 2011
Masa : 8.30 pagi hingga 1.00pm
Tempat : Padang Kawat UTM
Bayaran Penyertaan : "PERCUMA"
T Shirt : "PERCUMA"
Makanan : " PERCUMA "
Jenis Basikal : Semua jenis basikal

Program Kayuhan Hijau ini adalah dengan kerjasama Kulai KBC.

Pelbagai aktviti lain juga disediakan bagi memeriahkan lagi majlis ini.

Untuk keterang lanjut sila hubungi

En. Mukhlisin -012-3476387 (Sekretariat)
En. Haikal-0147734137(Sekretariat)
En. Rahman (KBC)-012-711440 (Ahli Jawatankuasa Pelaksana)



0 comments:

Post a Comment